Politik UMNO Abdullah_Fadzil_Che_Wan

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Pada 1982, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat memandangkan potensi bakat dan kepintaran yang dimilikinya. Pada 1970-an, beliau pernah berjumpa dengan Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun) dan isterinya Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memandangkan beliau pernah berkhidmat di Hospital Jitra, Kedah. Dalam dunia sukan badminton, beliau bersama Siti Hasmah membangunkan sukan badminton.

Beliau menjadi ahli parlimen Bukit Gantang selama 4 penggal. Oleh kerana parlimen Bukit Gantang dikira kubu Barisan Nasional - UMNO, maka pada tahun 2004, parlimen ini diserahkan kepada wanita Gerakan, Tan Lian Hoe. Sebenarnya beliau berpotensi menjadi Menteri Besar Perak yang ketika itu disandang oleh Tan Sri Ramli Ngah Talib.